3 anggota penguat kuasa ditahan minta rasuah daripada pemandu lori

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari SPRM
Tindakan tiga anggota penguat kuasa meminta dan menerima rasuah, mengundang padah apabila kesemua mereka ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Rabu.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor sekitar jam 7 malam.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

 

Difahamkan, kesemua suspek telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM7,800 daripada pemandu-pemandu lori sawit dan baja di sekitar Mersing sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ), 1987.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi Khamis bagi mendapatkan permohonan reman.

Pada Khamis, perintah reman ke atas tiga anggota polis telah dikeluarkan oleh Majistret Nurzihan Abdul Rehman selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga suspek berkenaan disiasat menerusi Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 diwakili peguam, Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nurhazneena Zureen Jaesleen Hanafiah.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Individu terbabit iaitu Zairulnizam Rohani serta Rostam Shahrif Tami sedang cuti sementara, masing…
Berita Domestik
Perintah reman empat hari bermula Sabtu terhadap ketiga-tiga suspek dikeluarkan Pendaftar Mahkamah…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM150 hingga RM1,500…