Bekas pegawai Kementerian Pengangkutan didakwa terima suapan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Seorang bekas penolong setiausaha di Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima suapan wang berjumlah RM2,300, empat tahun lepas.

Tertuduh, Mohd Hafiz Ahmad, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz selaku Penolong Setiausaha Gred M44 ketika itu, didakwa menerima wang tersebut menerusi tiga transaksi daripada pengurus komersial Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd, yang diketahui mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Bapa empat anak itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah cawangan bank di Jalan Ipoh pada 20 Feb, 15 April dan 21 Mei 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di bawah Akta 574 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zahariman Keman mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Datuk Hazman Ahmad memohon jaminan sebanyak RM5,000 atas alasan tertuduh penanggung utama keluarga.

Hakim Azura membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Mac depan bagi sebutan kes.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Muhammad Syamsi Irwan Hawalit, 47 tahun didakwa menerima…