SPRM - Siasatan projek LCS sudah lengkap!

oleh SALINA JALIL|
gambar arkib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengemukakan kertas siasatan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS), kepada Jabatan Peguam Negara.


SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan membabitkan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu," katanya.

 

Berikutan itu, SPRM menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara berhubung kertas siasatan berkenaan.

 

Semalam, Jemaah Menteri dilapor meminta SPRM menyegerakan siasatan berhubung isu membabitkan projek LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata, mesyuarat Jemaah Menteri yang membincangkan secara terperinci perkara itu, turut meminta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, membuat pendakwaan jika ada bukti kukuh serta membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

 

Projek pembinaan LCS adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan, dengan kos keseluruhan RM9 bilion. Kontrak bagi projek itu bermula 2013 dan dijangka siap dalam masa 10 tahun.

 

Khamis minggu lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

 

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

 

PAC melalui laporannya juga mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS itu, selain mengesyorkan tujuh langkah.

 

Ia termasuk SPRM mengambil tindakan terhadap dapatan laporan PAC itu, Laporan Audit Forensik dan laporan JKSTUPKK serta Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) perlu mengemukakan laporan kemajuan kepada PAC setiap tiga bulan sehingga projek itu disiapkan dan laporan JKSTUPKK dinyahklasifikasikan.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz selaku Penolong Setiausaha Gred M44 ketika itu, didakwa menerima…