Geely VF11 dilancarkan - gambaran pengganti Exora kini semakin jelas

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Produk MPV pertama daripada Geely, iaitu Geely Jiaji (atau lebih dikenali dengan kod nama VF11) akhirnya selesai dilancarkan untuk pasaran China baru-baru ini. 

Berdasarkan dimensi Geely VF11 mempunyai jarak antara roda yang lebih panjang, iaitu sekitar 2,805 mm berbanding model asal yang bakal digantikannya, iaitu Proton Exora (2,730 mm). 
 


Reka bentuk luarannya menampilkan elemen-elemen terkini yang hadir pada model Geely seperti gril Expanding Cosmos, garisan badan dinamik serta efek bumbung terapung pada tiang D MPV ini. 

Geely VF11 didatangkan dengan dua pilihan enjin, iaitu 1.8 liter turbo dengan kuasa 181 hp dan daya kilas 180 Nm (dengan transmisi auto enam kelajuan) dan enjin 1.5 liter yang dibangunkan bersama Volvo. 

Enjin 1.5 liter berkuasa 174 hp dan 255 Nm ini menggunakan kotak gear manual enam nisbah kelajuan atau klac berkembar tujuh nisbah kelajuan. 
 


MPV dengan klac berkembar ini turut ditawarkan dalam versi mild-hybrid 48V yang mampu menghasilkan 188 hp dan 300 Nm, diterjemahkan kepada bacaan penggunaan bahan api 5.9 liter/100 km. 

Manakala versi PHEV pula menggandingkan enjin 1.5 liter dengan motor elektrik yang memberikan kuasa 255 hp dan 385 Nm - memberikan bacaan penggunaan bahan api sekitar 1.6 liter per 100 km!

Versi PHEV ini mampu beroperasi dalam mod elektrik sejauh 56 km, dan proses pengecasan pantas mampu diselesaikan dalam masa 90 minit sahaja. 
 


MPV VF11 ini didatangkan dalam konfigurasi tiga baris tempat duduk dengan pilihan tetapan 2+2+2, 2+2+3, atau 2+3+2, di mana dua tetapan terawal tadi boleh menerima kerusi kapten di baris kedua. 

Rekaan papan pemuka pula lebih moden, dengan sistem infotainmen didatangkan dengan skrin bersaiz 12.3 inci yang tidak diintegrasikan secara terus pada papan pemuka. 

Ia turut dilengkapi dengan sistem operasi Geely Smart Ecosystem (GKUI) dengan mod khusus untuk kanak-kanak.
 


Dari segi keselamatan, Geely VF11 ini hadir dengan sistem pemanduan autonomi tahap kedua (Level 2 Autonomy) merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)
  • Bantuan Kekal Laluan (LKA)
  • Bantuan Parkir Automatik (APA)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesan pejalan kaki
  • Bantuan Tukar Laluan (LCA)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Identifikasi Had Kelajuan (SLIF)
  • Amaran Pelanggaran Belakang (RCW)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
     


Mengikut kepada perjanjian yang termeterai antara Geely dan Proton, model pengganti Exora ini akan hadir pada tahun 2020 setelah Proton memasang model X70 dan X50 di fasiliti Tanjung Malim. 

Baca: Proton sah daftar tanda dagangan X50

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jika sebelum ini Proton sudah pun melancarkan SUV pertama mereka, Proton X70, tahun ini ia bakal…
Berita Domestik
Sudah hampir 10 tahun usia Proton Exora dan platform usang tersebut memang perlukan pembaharuan…
Berita Global
Geely Binyue (Geely SX11), crossover segmen B yang dibangunkan berdasarkan platform B-segment…