Spesifikasi Perodua Aruz - enjin 1.5 liter, dua varian, harga bermula dari RM72,200

oleh Mohamad Hanif|
Spesifikasi Perodua Aruz, SUV tujuh tempat duduk daripada Perodua akhirnya tersebar di laman sosial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perodua Aruz didatangkan dengan enjin 2NR-VE empat silinder sebaris 1.5 liter yang mampu menjana 104 PS dan 136 Nm daya kilas, sebelum ia disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik empat kelajuan. 

 


Berdasarkan kertas spesifikasi yang terbocor sehari lebih awal daripada pengumuman rasmi, Perodua Aruz didatangkan dalam dua varian utama, iaitu Aruz 1.5 X dan juga Aruz 1.5 AV yang lebih premium. 

Bagi varian permulaan, Aruz 1.5 X hadir dengan ciri-ciri seperti:

  • lampu utama LED
  • fungsi Follow-me-Home
  • rim aloi 17 inci
  • tempat duduk semi-bucket fabrik
  • corong pendingin hawa untuk baris belakang
  • alat pembaca tol terbina dalam
  • slot pengecasan USB
  • kamera undur

manakala varian premium pula hadir dengan kelengkapan tambahan seperti

  • tempat duduk semi-bucket kulit
  • rel bumbung
  • alat perakam pemanduan bersepadu (DVR)


Dari segi keselamatan, Perodua Aruz menerima enam buah beg udara sebagai ciri standard untuk kesemua varian, manakala varian tertinggi pula bakal menerima ciri Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 yang telah dipertingkatkan. 

Tiada sebarang diskriminasi, kedua-dua varian X dan AV menerima penawaran warna yang serupa, terdiri daripada lima pilihan seperti:

  • Ivory White
  • Glittering Silver
  • Electric Blue
  • Granite Grey
  • Amazon Green

Menurut sumber yang dipercayai, harga jualan bagi Perodua Aruz bermula dari RM72,200.00 bagi varian X manakala varian premium pula dijual pada harga RM77,200.00

Kesemua harga tersebut merupakan harga jangkaan untuk Semenanjung Malaysia, atas jalan tanpa insurans dan cukai berkaitan. 

Nantikan pengumuman rasmi berkenaan harga jualan beserta spesifikasi penuh Perodua Aruz yang dijangka bakal dimumkan esok. 

Tempahan rasmi bagi SUV ini juga bakal dibuka bermula esok dengan harga tempahan berjumlah RM500 sahaja. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Proton Persona sekarang pula terlalu kecil dan tidak menepati piawaian jabatan dan agensi kerajaan…
Berita Global
Kemaskini yang dibawakan adalah lebih bersifat kosmetik, di mana Terios 2023 ini didatangkan dengan…
Berita Domestik
Mangsa, pemandu Proton Exora, dikenali sebagai Muhamad Zaki Ariffin, 52, meninggal dunia di tempat…