Daihatsu Terios 2023 facelift dapat kemaskini rupa, dari RM73k di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran kita Indonesia baharu sahaja mendapat model facelift bagi MPV/SUV tiga baris tempat duduk Daihatsu Terios, atau lebih dikenali dengan nama Perodua Aruz di sini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemaskini yang dibawakan adalah lebih bersifat kosmetik, di mana Terios 2023 ini didatangkan dengan rekaan jeriji hadapan yang lebih nipis dan menghubungkan antara kedua-dua lampu utama, sementara bukaan bampar kini menjadi lebih besar dan menonjol.

Kedudukan lampu kabus juga telah ditinggikan, sementara lampu utama telah diberikan efek asap.
 

Terops


Untuk varian tertinggi R Custom pula disediakan kit badan aero pada bampar depan dan belakang, pelindung batu sisi, serta perlindungan sisi badan.

Terdapat pilihan rekaan rim baharu bermula dari saiz 16 hingga 17 inci bergantung kepada varian.
 

Terios


Sementara ruang kabin pula didatangkan dengan tema warna hitam yang diselangi jahitan kontras merah, upholsteri tempat duduk kulit hitam, skrin sentuh tujuh inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta kehadiran pengecasan peranti tanpa wayar pada kotak konsol tengah.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah enam beg udara SRS, paparan keliling 360 darjah, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), bantuan mula mendaki (HSA), brek anti-kunci (ABS) serta pengagihan daya brek elektronik (EBD).
 

terios


Terdapat dua warna baharu ditawarkan iaitu Silver Metallic dan Greenish Gun Metal menjadikan enam warna secara keseluruhan.

Dari segi kuasa, Daihatsu Terios 2023 facelift ini masih lagi mengekalkan nadi 2NR-VE 1.5 liter berkuasa 104 PS dan 136 Nm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.

Harga jualan di pasaran Indonesia bermula dari Rp 236,050,000 hinggalah Rp 302,250,000 untuk versi R Custom AT (julat harga antara RM73,312 - RM93,873).