Dilanggar Aruz, pemandu Exora maut, enam murid Tahun Satu cedera

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki maut, manakala enam murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Saujana Utama cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Saujana Utama, di sini, hari ini.

Mangsa, pemandu Proton Exora, dikenali sebagai Muhamad Zaki Ariffin, 52, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam murid yang terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan hanya cedera ringan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata terdahulu, sepasukan 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 1.08 petang.

"Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dan Perodua Aruz.
 

kemalangan


"Kemalangan berlaku apabila Perodua Aruz dinaiki dua wanita yang keluar dari simpang melanggar Proton Exora dipandu seorang lelaki bersama enam murid Darjah Satu yang datang dari sebelah kiri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, akibat rempuhan itu Proton Exora terbalik dan bergolek ke bahu jalan.

"Semua murid dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Pemandu dan penumpang Perodua Aruz tidak cedera namun mengalami kesukaran bernafas.

"Mereka juga turut dihantar ke hospital," katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kementerian kereta api berkata, perkhidmatan pertama tren kargo yang sarat dengan arang…
Berita Global
Menterinya, Ashwini Vaishnaw walau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut memandangkan…
Berita Domestik
Perodua Alza baharu kini boleh dikatakan sebagai MPV paling laris di Malaysia yang menepati ciri…