Ford baru-baru ini telah mendedahkan spesifikasi rasmi untuk prestasi Mustang 2024 yang dinanti-nantikan, ianya didatangkan dengan 3 pilihan varian.
Bermula dengan varian pilihan enjin paling rendah, Mustang EcoBoost dikuasakan dengan enjin 4 silinder 2.3 liter turbo serba baharu yang menghasilkan 315 HP dan 474 Nm.
EcoBoost menggunakan binaan enjin Modular Power Cylinder serba baharu dan menampilkan nisbah bore kepada stroke baharu, port dan suntikan terus serta variable cam timing.
Enjin itu juga menampilkan peredaran semula gas ekzos bersepadu dan teknologi pengecasan turbo skrol berkembar.
Bagi varian kedua tertinggi, Mustang GT dikuasakan enjin V8 Coyote 5.0 liter generasi keempat dengan beberapa kemas kini termasuk penambahbaikan struktur, oil pan yang dinaik taraf, dwi sistem aruhan badan pendikit dan dwi sistem masukan.
Dengan beberapa naik taraf itu, V8 Coyote menghasilkan 480 HP dan 562 Nm, Ford turut menawarkan pilihan naik taraf ekzos prestasi active-valve yang menaikkan kuasa sehingga 486 HP dan 566 Nm.
Tentu sekali, varian tertinggi yang ditunggu-tunggu, Mustang Dark Horse dikuasakan enjin V8 Coyote asas yang ditambah baik dengan rod penyambung omboh forged dan aci engkol seimbang unik untuk mengendalikan tekanan silinder dan kelajuan omboh lebih tinggi.
Aci sesondol enjin tersebut turut ditingkatkan untuk ketahanan trek yang lebih baik dengan operasi lanjutan sehingga 7,500 rpm, semua naik taraf itu menghasilkan sehingga 500 HP dan 566 Nm,
Mustang Dark Horse merupakan model pertama dengan enjin V8 bukan Shelby paling berkuasa pernah dihasilkan.
Ford menawarkan transmisi manual 6 kelajuan dan automatik 10 kelajuan mengikut pilihan enjin, varian GT didatangkan standard dengan transmisi manual 6 kelajuan bersama fungsi rev-matching manakala dan Dark Horse akan dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan unik bersama penyejuk minyak.
Sumber: carscoops