67 peratus pemilik Mustang 2024 pilih enjin V8, satu perempat mahu transmisi manual

oleh Mohamad Hanif|
Tadi kita berbicara soal GR Supra, kali ini tiba giliran Ford Mustang 2024 generasi ketujuh yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan terbaharu, Ford sudah pun menerima lebih daripada 13,000 unit tempahan bagi Mustang 2024.

Daripada jumlah tersebut, 67 peratus pembeli memilih untuk mendapatkan Mustang V8 berkuasa 468 hp, dan kira-kira satu perempat pembeli terdiri daripada golongan yang mahukan Mustang manual enam nisbah kelajuan untuk pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan.
 

mustang


Seorang penganalisa daripada Guidehouse Insights eMobility, Sam Abuelsamid berkata, ramai yang memilih Mustang V8 bertransmisi manual disebabkan model tersebut mungkin sekali model kereta muscle terakhir berkuasa petrol.

"Peminat yang paling tegar, mereka akan keluar dan mendapatkan model ini disebabkan anda tidak akan tahu bilakah ia akan berakhir," jelasnya.
 

mustang


Jim Owens, pengarah jenama Mustang menambah, "kami cenderung untuk melihat lebih banyak permintaan daripada para peminat untuk model V8 tiap kali Mustang baharu diperkenalkan.

Di dalam segmen pony car, Ford Mustang boleh dikatakan model terakhir yang masih lagi wujud di pasaran, disebabkan model pencabar (Chevrolet Camaro dan Dodge Challenger) telah pun ditamatkan penjualannya.

Sumber: The Detroit News

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun disebabkan peraturan emisi yang lebih ketat, para peminat Mustang di Eropah terpaksa menerima…
Berita Global
Ford baru-baru ini telah mendedahkan spesifikasi rasmi untuk prestasi Mustang 2024 yang dinanti-…
Berita Global
Varian itu digelar sebagai Dark Horse, ia bukan sahaja membawakan rupa paras yang lebih garang,…