Sony sah tidak akan menjadi pengeluar automotif

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Sony baharu sahaja memperlihatkan sebuah model konsep Vision-S pada acara Consumer Electronics Show 2020 (CES 2020), syarikat yang terkenal dengan konsol PlayStation itu tetap bertegas tidak akan menjadi pengeluar automotif pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut temubual yang dijalankan oleh penerbitan Jepun Impress Watch, ketua projek Vision-S, Izumi Kawanishi mengesahkan bahawa Sony Vision-S bukanlah petanda Sony akan menceburkan diri dalam dunia automotif. 

"Sony Vision-S merupakan sumbangan Sony dalam evolusi industri automotif," ujarnya. 
 


Kawanishi menyifatkan bahawa konsep yang ditonjolkan oleh Vision-S mampu memberikan kesan terutama dalam bidang pemanduan autonomi dan juga sistem hiburan di dalam kenderaan. 

Sony Vision-S merupakan sebuah kenderaan elektrik yang dilengkapkan dengan 33 unit penderia sekaligus membolehkan ia mempunyai keupayaan pemanduan autonomi. 

Manakala ruang kabin pula memperlihatkan kepakaran Sony dalam menghasilkan efek bunyi keliling menerusi sistem 360 Reality Audio. 

Terdapat skrin panorama yang terletak di papan pemuka dan skrin tersendiri untuk penumpang belakang. 
 


"Sebagai sebuah syarikat teknologi, ini adalah apa yang kami (Sony) mampu lakukan di dalam sebuah kereta," jelas Kawanishi mengakhiri temubual. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Antara syarikat yang terlibat untuk melabur dalam projek itu ialah pembekal Toyota Denso, NTT,…
Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Presiden Sony Honda Mobility Izumi Kawanishi menjelaskan, syarikat…