Sony Honda Mobility siar imej teaser model pertama, muncul 4 Jan, 2023

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama antara Honda dan Sony (Sony Honda Mobility) bakal mendedahkan model pertama mereka menjelang acara Consumer Electronics Show, tahun depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam masa yang sama, mereka turut menyiarkan sebuah video acah berdurasi 15 saat model EV yang akan dibina di fasiliti Honda di Amerika Syarikat dan bakal dijual pada tahun 2026.

Difahamkan, pra-tempahan untuk model pertama ini akan dibuka pada separuh pertama tahun 2025, dan jualan akan bermula sebelum akhir tahun tersebut.

Setelah itu, pengedaran untuk pasaran Jepun dijangka akan dibuat pada separuh kedua tahun 2026.

 


Untuk model baharu ini, mereka memfokuskan kepada tiga A: Autonomy, Augmentation dan Affinity dengan keupayaan swapandu Tahap 3 yang membolehkan pemandu mengalihkan tangan secara terus daripada stereng.

Menggunakan pendekatan terbaharu, model kerjasama Honda dan Sony ini hanya boleh didapati menerusi laman web sahaja.

Kira-kira dua hari sebelum pengumuman model ini dibuat, Honda dan LG Energy Solution mengumumkan perancangan pelaburan berjumlah $4.4 bilion untuk membangunkan kilang bateri terletak di Jeffersonville, Ohio dengan sasaran penghasilan bateri lithium-ion berjumlah 40 GWh setahun.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama 50:50 yang terbentuk itu sebelum ini dilapor akan menjadi sebuah entiti tersendiri yang…