SONY HONDA MOBILITY BAKAL LANCARKAN TIGA MODEL SEBELUM 2030

oleh Firdaus Razani|
Usaha sama Sony Group dan Honda Motor, Sony Honda Mobility baru-baru ini dilaporkan bakal memperkenalkan tiga model kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Nikkei, Sony Honda Mobility akan melancarkan SUV pada 2027 dan kompak pada 2028 selepas pelancaran sedan elektrik di Consumer Electronics Show 2024 (CES 2024).

Dikatakan juga, dengan kehadiran kesemua model yang akan datang di bawah gabungan usaha sama ini adalah usaha untuk bersaing dengan jenama Tesla.

Jurucakap Sony Honda Mobility berkata, "Kami terus meneroka barisan masa depan kami. Bagaimanapun, pada masa ini kami tidak boleh mendedahkan apa-apa selain daripada apa yang telah diumumkan setakat ini.”

 

sony

 

Pada Januari lalu, Sony Honda Mobility telah mengumumkan bahawa ia akan mula menjual sedan menjelang akhir 2025 di bawah jenama "Afeela”.

Pra-pesanan untuk sedan Afeela itu akan dibuka pada pertengahan tahun 2025 walaupun ketika ini masih belum ada nama rasmi untuk model akan datang itu.

Model pertama usaha sama itu dijadualkan untuk penghantaran pada pelanggan bermula awal tahun 2026 di Amerika Utara.

 

sony

 

Sony Honda Mobility sebelum ini berkongsi butiran teknologi sedan Afeela itu, yang dikatakan mempunyai teknologi OpenAI, yang turut memberi kuasa kepada ChatGPT dalam pembantu suara pemandunya.

Selain itu, Sony Honda Mobility berkata visual dalam kereta untuk kenderaan sekeliling, pejalan kaki dan rupa bumi yang dikesan oleh kamera kereta itu akan dikuasakan oleh Unreal Engine 5.

 

SUMBER : NikkeiAsia, Reuters, Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbeza dengan versi yang diperlihatkan di Japan Mobility Show tahun lepas, Afeela EV membawakan…
Berita Global
Bertempat di Consumer Electronics Show 2023, mereka turut memperlihatkan sebuah model konsep…