Sistem pengesan pejalan kaki tidak berkesan pada waktu malam - AAA

oleh Mohamad Hanif|
Data yang diperoleh di Amerika Syarikat menunjukkan lebih daripada 6,000 orang pejalan kaki terbunuh setiap tahun dan angka tersebut kian meningkat semenjak tahun 2010.

Melihatkan kepada angka yang semakin membimbangkan, kereta-kereta moden kini sudah banyak yang dilengkapi dengan ciri keselamatan yang pelbagai - anda sebut sahaja apa jua akronim yang didatangkan oleh pengeluar namun memberikan fungsi yang lebih kurang serupa. 

Salah satunya adalah sistem pengesan pejalan kaki dan sistem brek kecemasan automatik, namun kajian terbaharu yang dibuat oleh AAA menunjukkan kedua-dua sistem diatas tidak memberikan hasil yang memberangsangkan. 
 


Ujian yang dijalankan melibatkan empat buah sedan saiz pertengahan - Chevrolet Malibu, Honda Accord, Tesla Model 3 dan Toyota Camry - di mana keempat-empat model ini dilengkapi dengan sistem brek kecemasan dan sistem pengesan pejalan kaki. 

Berdasarkan ujian simulasi dunia sebenar yang dijalankan, ia hanya mampu berfungsi dengan baik di bawah kelajuan 32 km/j sahaja, dan daripada kesemua ujian yang dijalankan, hanya 40 peratus pelanggaran dapat dielakkan terima kasih kepada sistem brek kecemasan tadi. 

Namun, apabila kelajuan dipertingkatkan kepada 48 km/j (kelajuan yang biasa dibuat orang di dalam bandar), kebanyakan sistem gagal untuk mengelakkan pelanggaran. 

Dalam senario kanak-kanak melintas jalan secara tiba-tiba, lebih daripada 89% pelanggaran dicatatkan dalam ujian simulasi yang dijalankan. 
 


Sistem juga didapati tidak begitu berkesan apabila kenderaan keluar daripada persimpangan jalan dan kesemua kenderaan didapati 'melanggar' pejalan kaki dalam ujian ini. 

Lebih menakutkan, kebanyakan daripada sistem ini gagal berfungsi dengan baik apabila waktu malam, dan ini amat membimbangkan kerana lebih daripada 75 peratus pelanggaran melibatkan pejalan kaki berlaku ketika gelap. 

Walaupun hasil kajian yang tidak memberangsangkan, sebagai sebuah organisasi keselamatan AAA sentiasa menyokong usaha berterusan para pengeluar untuk memastikan sistem keselamatan sedia ada dipertingkatkan keberkesanannya, terutama kepada pejalan kaki. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Sudah tidak menghairankan apabila para pengeluar masa kini berlumba-lumba untuk menghasilkan sebuah…
Berita Global
Walaupun kenderaan tersebut dibekalkan dengan kit tayar pancit atau tayar Run Flat, koyak yang…