Menurut laporan asal daripada Variety, Spyglass Media Group diberitakan akan menghasilkan sebuah filem berdasarkan kisah asal Knight Rider yang dibintangi oleh David Hasselhoff (Michael Knight).
Mengikut jalan cerita asal, Michael Knight merupakan seorang agen misteri untuk Foundation for Law and Government (FLAG) serta memandu sebuah Knight Industries Two Thousand (KITT) - sebuah Pontiac Firebird Trans Am dengan teknologi masa hadapan.
Filem tersebut bakal diarahkan oleh James Wan yang sebelum ini pernah menghasilkan karya seperti Aquaman, Saw, Insidious dan filem ketujuh dari francais Fast and Furious.
Setakat ini, tiada sebarang informasi lanjut berkenaan barisan pelakon yang bakal digunakan.
Namun, persoalan yang lebih penting, adakah David Hasselhoff akan kembali menyandang watak beliau sebelum ini?
Dan adakah KITT akan dilahirkan semula dalam bentuk asal, atau dalam bentuk kereta yang lebih moden?
Sumber: Variety