KITT milik David Hasselhoff untuk dijual - harga bidaan terkini RM3.9 juta!!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para peminat siri drama futuristik kereta yang boleh bercakap (Knight Rider), di mana sebuah Pontiac Trans-Am KITT akan dilelong pada 23 Januari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tambah menarik apabila model KITT yang dimaksudkan itu sebenarnya dimiliki sendiri oleh pelakon ikonik David Hasselhoff yang pernah membintangi siri Knight Rider.

 


Unit Pontiac Trans-Am ini bukan sahaja memiliki penampilan luaran KITT, akan tetapi ruang kabin juga turut dilengkapi dengan papan pemuka digital, serta kehadiran lampu yang berwarna-warni.

Malah, David Hasselhoff juga turut menjanjikan akan menghantar sendiri kereta KITT ini kepada pemilik baharu sekiranya harga yang dibida melebihi 25 peratus daripada nilai yang diletakkan.

 


Sebagai panduan, harga yang diminta bermula dari $175,000 hingga maksimum $300,000, namun sehingga artikel ini ditulis, laman web LiveActioneers telah merekodkan kira-kira 19 pembida dengan harga terkini mencecah $$975,000 (RM3.9 juta)!!

Selain daripada KITT, David Hasselhoff juga turut ingin melepaskan beberapa barangan milik peribadi termasuklah jaket Planet Hollywood, dan figur 'Big Dave' daripada filem Spongebob.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan asal daripada Variety, Spyglass Media Group diberitakan akan menghasilkan sebuah…
Berita Global
Lupakan sebentar hype 'SUV bercakap' dan 'SUV yang tidak boleh bercakap' yang baharu sahaja…
Informasi
Ketika Pontiac Firebird mula diperkenalkan, ia menjadi rebutan ramai ketika itu dengan permintaan…