Singer Vehicle Design dedah projek restomod Classic Study yang ke-300 - sebuah 911 Targa!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, Singer Vehicle Design yang telah beroperasi sejak 2009 masih lagi kekal bertahan, dan baru-baru ini telah meraikan pencapaian unit restorasi yang ke-300 menerusi model komisyen 'Sotto'.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Projek Classic Study ini bermula sebagai sebuah Porsche 911 (964) Targa tahun 1990, di mana ia menampilkan badan gentian karbon sebelum dilayangkan dengan warna Resistance Blue.
 

911


Di bahagian sisi pula terdapat jalur jenama Porsche menggunakan warna biru yang agak tenggelam, sementara panel bumbung yang boleh dibuka itu diwarnakan biru gelap.

Untuk ruang kabin pula pihak Singer menggunakan kombinasi warna upholsteri jingga yang agak terang, dengan tempat duduk jenis bucket yang diperbuat daripada bahan gentian karbon.
 

911


Sama seperti Classic Study yang lain, Sotto ini dikuasakan oleh nadi boxer enam silinder mendatar 4.0 liter sejukan udara dengan kuasa 390 hp dipadankan dengan kotak gear manual lima nisbah kelajuan.

Segala sisa pembakaran bahan api disalurkan ke atmosfera menerusi sistem ekzos sports titanium yang mampu menjadikan runut bunyi Sotto ini lebih mengujakan.

Anda mungkin kurang bernasib baik sekiranya sekarang ini sedang berkira-kira untuk menempah sebuah Classic Study daripada Singer.
 

911


Ini kerana pada Julai 2022, Singer mengumumkan tempahan bagi model kereta aspirasi semula jadi itu telah pun ditutup untuk memberikan laluan kepada model berkuasa turbo.

Ini bermakna, Singer masih lagi mempunyai 150 slot Classic Study yang perlu diselesaikan memandangkan bos Rob Dickinson mendedahkan beliau mahu mengehadkan produksi kepada 450 unit sahaja.

Berdoalah agar satu hari nanti anda diberikan peluang untuk menyimpan sebuah Porsche yang telah direstorasi oleh Singer di dalam garaj impian.

Berita Berkenaan

Berita Global
    Bot sport ini berukuran 8.67 meter (m) panjang dan 2.49 m lebar. Motor PSM (Permanent Magnet…
Berita Global
  911 GT3 baharu tampil dengan naik taraf aerodinamik di antaranya pemisah depan dan peresap…
Berita Global
  Permata untuk Porsche ialah 911 GT3 RS yang membawa elemen litar lumba ke jalan raya. Apa yang…