Shell Malaysia berjaya lakukan karnival 1km panjang semasa MotoGP

oleh HEZERI SAMSURI|

Shell Malaysia melakukan satu rekod baharu apabila menganjurkan promosi jenama itu di tempat duduk kawasan Hillstand.

Seramai 20,000 orang peminat MotoGP membanjiri kawasan itu yang mampu memberi pemandangan jelas selekoh 13 dan 14.

Shell Hillstand itu dipasang dengan dua skrin LED gergasi dan juga sebanyak 136 buah motosikal Ducati diparkir di kawasan itu. 

Gerai makanan dan pelbagai aktiviti dilakukan oleh Shell, menjadikan kawasan sepanjang 1 km itu umpama sebuah karnival.

shell oil

 

Kempen Shell Advance Ride Thru Mobile Oil Change pula dilakukan di kawasan parkir P1 dan mereka yang membeli pelincir Shell Advance Ultra, AX7 atau AX5 Scooter Oil akan menikmati servis penukaran minyak enjin serta parkir percuma.

Ini ialah kali kelapan Shell menaja MotoGP Malaysia dan kontrak mereka berakhir pada tahun 2020.

Terima kasih Shell dan jika anda menyokong MotoGP dan mahukan ia berterusan, anda tahu apa anda perlu buat.

Gunakan pelincir Shell untuk motosikal anda!

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara yang diraikan pada majlis tersebut adalah 11 orang pemenang bertuah bagi promosi Shell…
Berita Domestik
Shell Biker Value Pack yang boleh didapati dari sekarang hingga 30 November 2018, masing-masing…
Berita Domestik
Bagi menjamin hak pengguna dan perniagaannya Shell bertindak aktif dalam memudahkan pelanggan setia…