Shell, Bonuslink tawar ganjaran berganda bermula Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 1 Julai 2022, program Bonuslink dengan lebih daripada 14.9 juta ahli di seluruh negara itu kini menawarkan struktur ganjaran baharu buat para pemegang kad tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdiri daripada empat peringkat - Member, Silver, Gold dan juga Platinum di mana setiap satu meningkatkan tahap ganjaran apabila ahli mengumpul lebih banyak mata BonusLink di Shell menerusi pembelian bahan api, snek atau pelincir.

Bergantung kepada status peringkat, ahli BonusLink boleh mendapat peluang untuk menikmati ganjaran dan faedah seperti tiga kali poin BonusLink, promosi Deli2Go dan Upsize Coffee, diskaun barangan Shell, manfaat ulang tahun dan banyak lagi.
 

Shell


Menurut Seow Lee Ming, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd berkata, "sebagai peruncit mobiliti, kami sentiasa berevolusi bersama pelanggan kami dan berusaha untuk memberikan kualiti pada setiap titik sentuh.

"Kerjasama dengan BonusLink membolehkan kami memberikan ganjaran yang lebih kepada para pelanggan kami setiap kali mereka berhenti mengisi minyak dan membeli barangan ke stesen minyak kami.

Ahli BonusLink sedia ada kini boleh berkunjung ke stesen minyak Shell berdekatan untuk menggandakan mata ganjaran mereka.

Pengguna baharu pula boleh mendaftar di bawah BonusLink di mana-mana stesen minyak Shell berdekatan atau dengan memuat turun aplikasi BLINK untuk membuat pendaftaran.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…