SF90 Stradale - supercar PHEV pertama dari Ferrari, 1,000 PS! (+Video)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jikalau anda masih ingat, Ferrari LaFerrari merupakan supercar pertama keluaran Itali yang didatangkan dengan sistem hibrid atau lebih tepat lagi mild-hybrid. 

Barang harus diingat, ia bukanlah beroperasi seperti kereta hibrid bandar anda yang boleh bergerak dalam mod elektrik semata-mata. 

Sebaliknya, sistem Kinetic Energy Recovery System (KERS) ini lebih membantu ketika anda memerlukan kuasa pecutan tambahan, sama seperti jentera F1. 

Itu cerita empat tahun yang lalu, dan kini, Ferrari tampil dengan sebuah lagi supercar, kali ini ia merupakan supercar dengan ciri plug-in hybrid (PHEV). 
 


Ferrari SF90 Stradale menerima janaan kuasa daripada enjin 4.0 liter turbo V8 (780 PS/800 Nm) dan tiga unit motor elektrik menghasilkan kuasa gandingan berjumlah 1,000 PS!

Jika anda bertanyakan di mana lokasi motor elektrik tersebut, salah sebuahnya diposisikan antara enjin V8 dan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan.

Manakala dua lagi motor elektrik digunakan untuk memacu roda hadapan. 

Dari segi pecutan, SF90 Stradale mampu memecut sepantas 2.5 saat dari 0-100 km/j, dan 6.7 saat dari 0-200 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 340 km/j. 

 


Tidak seperti Ferrari LaFerrari, Ferrari SF90 Stradale boleh bergerak di dalam mod elektrik semata-mata dengan jarak sejauh 25 km menggunakan roda hadapan. 

Ciri yang sangat berguna ketika bergerak di dalam bandar dengan senyap. 

Terdapat empat mod pemanduan yang boleh diakses menggunakan suis eManettino yang dipasang pada stereng, iaitu:

  • eDrive - mod pemanduan elektrik
  • Hybrid - mod gandingan motor elektrik dan V8
  • Performance - mod prestasi dari enjin V8
  • Qualify - mod pemanduan yang lebih serius

Ciri kawalan kenderaan elektronik Side Slip Control (eSSC) dibangunkan bagi mengawal dinamik pengendalian, di mana sistem elektrik ini mampu mengawal daya kilas - kedua-dua enjin dan motor elektrik - supaya ia sesuai untuk keadaan pemanduan semasa. 

eSSC ini juga turut menampilkan fungsi torque vectoring yang bergantung kepada motor elektrik hadapan dan sistem brek termaju untuk pengedaran daya memberek yang sama antara sistem hidraulik dan motor elektrik. 
 


Tipikal sebuah PHEV, berat adalah musuh yang perlu ditumpaskan, terutama bagi sebuah kereta berprestasi tinggi. 

Menariknya, Ferrari berjaya mengurangkan berat badan supercar ini menjadi 1,570 kg dengan nisbah berat kepada kuasa hanyalah sekitar 1.58kg/hp!

Rahsianya, bahan yang digunakan untuk membangunkan casis ini termasuklah gentian karbon dan aloi aluminium baharu, menjadikan casis lebih tegar terhadap daya lentur sebanyak 20% dan daya kilasan 40%. 
 


Dari segi luaran, Ferrari SF90 Stradale nampak jauh lebih kemas, dan tidak pula mengurangkan elemen garang tipikal sebuah Ferrari, seperti penggunaan lampu tirus LED Matrix, tip ekzos berkembar serta lampu belakang ala-ala Camaro. 

Rekaan belakang yang kompleks itu pula bertujuan untuk memberikan tahap aerodinamik yang lebih baik dan meningkatkan daya turun (downforce) dan mampu menjana daya turun 390 kg pada kelajuan 250 km/j. 

Menurut Ferrari, angka tersebut merupakan satu tanda aras baharu bagi kereta berprestasi tinggi untuk kegunaan jalan raya. 
 


Rekaan ruang dalaman pula diinspirasikan daripada industri aeronautik, manakala bagi tujuan hiburan pula,  tiada sebarang skrin paparan tengah diberikan, sebaliknya ia digabungkan bersama paparan kluster meter digital bersaiz 16 inci. 

Jadi, inilah dia Ferrari SF90 Stradale, supercar produksi massa yang dihasilkan bagi menyambut ulang tahun yang ke-90 Scuderia Ferrari. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…