Tindakan mengejut yang diumumkan pada lewat Khamis itu mencetuskan kritikan daripada pendokong penyelesaian pengangkutan alternatif itu, namun disambut baik oleh datuk bandar Sliema, bandar paling padat di Malta.
Wakil dua syarikat penyewaan e-skuter utama negara itu, Bolt dan Bird, belum membuat sebarang ulasan setakat ini.
"Walaupun penguatkuasaan ditingkatkan dan denda, masyarakat terus diganggu oleh penggunaan e-skuter yang disewa," menurut kementerian itu.
Keputusan Malta mengharamkan e-skuter menyusul tindakan lebih kurang sama yang diambil oleh Paris pada April.
E-skuter adalah bentuk pengangkutan yang popular di Malta, negara berkeluasan lebih 500 kilometer persegi. Aduan mengenai pemanduan berbahaya, dipandu di laluan pejalan kaki dan diletakkan sembarangan membawa kepada peraturan asas e-skuter pada 2020 tetapi tidak berkesan.