Miliki 40 motosikal, JPJ Terengganu kesan kegiatan sewa motosikal kepada warga asing

oleh Penyumbang Rencana|
66 motosikal dan 13 motokar yang disita dalam Ops Pewa/gambar dari Sinar Harian
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan kewujudan kegiatan atau sindiket yang menyewa motosikal kepada warga asing di negeri Terengganu.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, ia susulan penemuan seorang lelaki rakyat tempatan yang didapati memiliki lebih 40 motosikal pada satu masa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan itu, siasatan lanjut secara menyeluruh sedang dijalankan bagi memastikan sama ada kegiatan yang dijalankan oleh individu berusia lingkungan 50-an yang beralamat di Marang terbabit, turut didalangi sindiket.

"Kita berjaya mengesan individu ini dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) yang dijalankan selama dua hari bermula Jumaat.

"Agak pelik apabila seorang individu ada lebih 40 motosikal didaftarkan atas nama beliau. Jadi JPJ sedang siasat untuk pastikan apakah kegiatan beliau atau ada sindiket beroperasi beri sewa motosikal kepada warga asing," katanya pada sidang media Ops Pewa pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, pihaknya telah menyita 79 kenderaan termasuk 66 motosikal dan 13 motokar dalam Ops Pewa yang dijalankan di sekitar Kuala Terengganu.

"Dalam tempoh dua hari, kita telah memeriksa 567 kenderaan yang dipandu warga asing. Sebanyak 284 saman dan 79 notis atas pelbagai kesalahan juga telah dikeluarkan pada operasi tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata, JPJ Terengganu telah mengeluarkan 39,028 saman dan 33,213 notis atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun lalu.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Berita Global
Tindakan mengejut yang diumumkan pada lewat Khamis itu mencetuskan kritikan daripada pendokong…
Berita Global
  Ia sekaligus memberi tamparan hebat kepada pengendali skuter, selain kemenangan besar bagi…