Tentera Darat dijangka terima helikopter Black Hawk April ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima penghantaran pertama helikopter Black Hawk pada April ini, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Beliau berkata, penghantaran peringkat pertama itu melibatkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.

Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan beberapa kekangan melibatkan kontraktor dan pengeluar helikopter berkenaan menyebabkan berlaku sedikit kelewatan.

"Bagaimanapun kontraktor telah memberikan janji mereka untuk menghantar helikopter pertama pada April ini dan saya harap ia dipenuhi," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan perolehan aset helikopter pengangkut sederhana itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Tentera Darat di Masjid Thoriq bin Ziyad, Kem Perdana Sungai Besi pada Rabu.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri.

Ditanya mengenai faktor kelewatan itu, Muhammad Hafizuddeain berkata, beliau enggan membuat sebarang spekulasi, bagaimanapun menegaskan TDM amat memerlukan perkhidmatan helikopter berkenaan bagi tujuan latihan dan operasi.

Pada Mei tahun lepas Kementerian Pertahanan menandatangani kontrak sewaan empat helikopter dengan syarikat tempatan Aerotree Defence & Services Sdn Bhd selama lima tahun bernilai RM187 juta.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Urusan MILDEF International Technologies Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata,…
Berita Domestik
Denda RM162.75 Juta Tidak Dikutip: Pembekalan GEMPITA Lewat Sehingga 2 Tahun 15 Hari Isu utama…
Tekno Careta
Bagi memastikan keberkesanan dan kesiapsiagaan aset ini, pada 25 Mac 2024, Kementerian Pertahanan…