Seragamkan nama ciri dalam ADAS - kumpulan pengguna

oleh Mohamad Hanif|
Ciri sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) bukan lagi satu perkara yang aneh untuk kereta-kereta zaman moden, malah kereta marhaen seperti Perodua Myvi dan Alza kini dilengkapi dengan ciri ADAS sebagai satu kelengkapan standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, satu perkara yang membelenggu kebanyakan pengguna adalah ketidakseragaman nama yang digunakan oleh pengeluar automotif tertentu, dan hal ini sudah pun mendapat perhatian daripada kumpulan pengguna.

Dimulakan oleh Consumer Reports, ia kemudian disertai oleh beberapa organisasi seperti AAA, J.D. Power, National Safety Council, PAVE dan SAE International yang menyeru penyeragaman nama bagi ciri-ciri keselamatan moden yang digunakan.

"Terminologi yang digunakan oleh pengeluar untuk menerangkan ciri ADAS boleh mengelirukan pengguna dan menjadikannya sukar untuk memahami sesetengah fungsi kenderaan.

Gabungan kumpulan pengguna itu mahukan penyeragaman terma yang digunakan pada enam aspek seperti amaran pelanggaran, pengelakan pelanggaran, bantuan kawalan pemanduan, bantuan parkir, sistem pemantauan pemandu dan sistem bantuan yang lain.  

Sekiranya pengeluar automotif bersetuju, ia dilihat mampu untuk mengurangkan sebarang kekeliruan yang timbul disebabkan oleh perbezaan yang diwujudkan sendiri oleh jenama-jenama itu.

Seperti contoh, pengeluar seperti Subaru, Cadillac dan Toyota menggunakan terma yang berbeza (dengan kelakuan yang berbeza) untuk ciri brek kecemasan automatik.

Tidak ketinggalan, penggunaan terma Autopilot dan Full Self-Driving yang digunakan oleh Tesla dan boleh disalahertikan oleh segelintir pengguna.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Model Terbaharu
Terkini ialah teknologi yang membolehkan kenderaan itu sendiri membantu pemandu untuk mengawal…
Berita Domestik
10 unit trak Scania P410A6x2NA yang dimiliki oleh Chemtrax Sdn Bhd merupakan trak spesifikasi ADR (…