Terkini ialah teknologi yang membolehkan kenderaan itu sendiri membantu pemandu untuk mengawal stereng agar mampu mengelakan pertembungan yang tidak boleh dielakkan hanya dengan menggunakan sistem brek.
Ford nampaknya menggunakan teknologi-teknologi itu di dalam trak pikap Ranger terbaharu dan sekaligus menjadikannya trak pikap paling pintar di dalam pasaran sekarang.
Bermula dengan model-model perlanggaran yang dihasilkan secara maya menggunakan kejuruteraan berpandukan komputer (CAE), Ford mampu menguji senario-senario kemalangan termasuk perlanggaran depan, offset hadapan, ujian tiang sisi, ujian perlanggaran offset belakang, impak pejalan kaki, ujian kekuatan bumbung dan sebagainya.
Selepas itu, ujian fizikal dilakukan untuk mengesahkan ujian CAE itu tersebut benar-benar tercapai dalam dunia sebenar.
Hasilnya, sistem keselamatan pasif dan aktif paling canggih dalam pasaran trak pikap tempatan yang anda cuma mampu lihat sebelum ini di dalam kereta-kereta mewah!
Brek Pasca-Perlanggaran (BARU)
- Sistem brek pasca-perlanggaran Ford mengenakan brek selepas pertembungan berlaku bagi mengurangkan risiko pertembungan kedua.
- Sistem ini secara automatik mengaktifkan tekanan brek sederhana apabila pertembungan pertama berlaku. Sistem ini ditawarkan bagi varian WildTrak dan XLT Plus.
Bantuan Pra-Perlanggaran (DIPERTINGKATKAN)
- Disertakan bagi varian WildTrak dan XLT Plus, Bantuan Pra-Perlanggaran menggunakan kamera pandangan lebar yang dipasang di tingkap dan radar berdekatan bampar depan untuk mengimbas jalan.
- Ini bagi mengesan risiko pertembungan dengan kenderaan lain, pejalan kaki atau penunggang basikal di depan anda.
- Jika risiko perlanggaran dikesan, sistem ini akan memberikan amaran audio dan visual. Jika maklum balas pemandu tidak memadai, sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) akan diaktifkan secara automatik. Sistem ini merangkumi:
1. Brek Kecemasan Automatik (AEB) (DIPERTINGKATKAN)
- Sistem AEB telah dipertingkatkan dengan kemampuan mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal, serta kebolehan untuk memberikan sokongan AEB di simpang dalam keadaan-keadaan tertentu, menerusi tambahan kamera baru dengan pandangan lebih luas.
- Ini bermakna jika pemandu gagal untuk bertindak balas, kenderaan akan mengaktifkan brek secara automatik bagi membantu mengurangkan tahap impak sesetengah pertembungan berdepan.
2. Amaran Awal Perlanggaran
- Jika ada kemungkinan pertembungan berdepan, sistem Amaran Awal Perlanggaran Ford Ranger generasi baharu akan menutup sistem audio dan memberi amaran menerusi audio.
Bantuan Pemanduan Mengelak (BARU)
- Menjadi yang pertama untuk kenderaan segmennya, Bantuan Pemanduan Mengelak membantu pemandu mengelak risiko pertembungan dengan memperlahankan atau menghentikan kenderaan lebih awal. Ia dilakukan dengan memberi masukan kepada stereng.
- Ini membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan lebih mudah apabila pertembungan tidak boleh dielak hanya dengan brek. Sistem ini direka untuk mengendalikan kelajuan sama ada di jalan biasa mahupun di lebuh raya dan menggunakan kamera serta radar yang sama bagi ciri Bantuan Pra-Pertembungan.
- Ciri ini boleh didapati pada varian WildTrak generasi baharu.
Bantuan Brek Mengundur (BARU)
- WildTrak generasi baru juga hadir dengan Bantuan Brek Mengundur, yang membantu pemandu untuk mengelak atau mengurangkan risiko pertembungan ketika mengundur.
- Sistem ini boleh mengesan kenderaan yang bergerak, manusia mahupun objek di belakang kenderaan. Sistem ini akan membrek kenderaan jika pemandu tidak bertindak cepat.
BLIS®
- Sistem ini seperti memiliki “sepasang mata” yang lain ketika menukar lorong atau masuk ke lebuh raya.
- Jika kenderaan laju masuk ke zon titik buta Ranger, BLIS akan memberi isyarat kepada pemandu menerusi lampu kecil di cermin pandang sisi, agar mereka tidak menukar lorong pada masa itu.
Penggera Lintasan Trafik (BARU)
- Situasi mengundur yang sukar kini lebih menyenangkan dengan sistem Penggera Lintasan Trafik Ford Ranger generasi baru bagi varian WildTrak.
- Ketika pemandu menukar gear undur, sistem akan diaktifkan dan memberitahu pemandu misalnya jika ada kenderaan lain mendekat dari sebelah sisi, ketika mengundur dari perkarangan rumah dan masuk ke jalan raya, atau keluar dari tempat letak kereta pasar raya yang sibuk.
Kawalan Melayar Adaptif (ACC) dengan Stop-and-Go (BARU)
- Kawalan Melayar Adaptif dengan Stop-and-Go adalah ciri baru untuk Ranger WildTrak generasi baharu. Ia membolehkan pemandu menetapkan kelajuan melayar dan kemudian mengekalkan jarak dengan kenderaan di hadapan.
- Apabila kenderaan di hadapan mengurangkan kelajuan, Ranger akan turut menjadi perlahan dan malah boleh sehingga berhenti; apabila jalan kembali lancar, Ranger akan kembali bergerak berdasarkan kelajuan dan jarak kereta di hadapan yang telah ditetapkan.
- Dalam situasi yang mengizinkan, ciri pintar ini juga boleh menetapkan kelajuan mengikut had yang tertera di papan tanda jalan.
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia menjemput mereka yang berada di Kuching dan di Kota Kinabalu untuk melihat sendiri varian Ranger terbaharu.
Ia adalah antara acara dalam siri jelajah pratonton Ranger di seluruh negara di lima kawasan, termasuk di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Johor Bahru.
Daftar di laman “REGISTER” untuk mendapatkan jemputan eksklusif ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube channel atau layari www.sdacford.com.my.