Semua model baharu Volvo menyokong kemaskini OTA, Malaysia turut tersenarai

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para pemilik Volvo di mana Volvo baru-baru ini mengumumkan kesemua model Volvo terbaharu boleh didapati dengan keupayaan kemaskini perisian over-the-air (OTA).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemaskini terbaharu ini dilancarkan kepada lebih 190,000 orang pelanggan Volvo di 34 buah pasaran termasuklah Australia, Hong Kong, India, South Korea, Malaysia, New Zealand, Singapore, Taiwan dan Thailand.

Keupayaan OTA ini boleh didapati pada model terkini XC90, S60 dan V60 setelah diperkenalkan secara standard pada model-model kenderaan elektrik Volvo Cars.
 

EV


Menerusi kemaskini sistem operasi yang kelapan ini, para pemilik Volvo boleh menaiktaraf sistem infotainmen mereka kepada versi terkini Android Automotive OS, selain mendapat akses kepada kategori app terbaharu dalam Google Play termasuklah sistem navigasi, pengecasan dan parkir, dan tidak ketinggalan perkhidmatan penstriman video yang bakal ditambah pada tahun ini.

Kemaskini OTA yang terbaharu ini juga turut membawakan penambahbaikan dari segi pengurusan tenaga lebih baik yang mampu meningkatkan tahap kecekapan bateri terutama ketika musim panas dan sejuk, sekaligus memaksimumkan jarak pemanduan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…