Nampaknya, langkah tersebut bakal diikut oleh Renault tidak lama lagi, di mana dalam satu pengumuman strategi tanggungjawab sosial korporat (CSR) terbaharu, Renault bakal memperkenalkan had kelajuan 180 km/j tidak kira apa jua model kenderaan.
Namun untuk model elektrik seperti Renault Megane E yang bakal menjalar di atas jalan raya pada awal tahun 2022, ia bakal memiliki had kelajuan 160 km/j bertujuan untuk menjaga ketahanan trenkuasa.
Renault E juga merupakan model pertama yang dilengkapi dengan kawalan jelajah aktif yang akan mengikut had kelajuan jalan raya bergantung kepada papan tanda dan juga data geolokasi.
Sumber: Caradisiac