Paris laksanakan had kelajuan 30 km/j

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 30 Ogos 2021, beberapa kawasan di dalam bandar Paris, ibu negara Perancis telah memulakan peraturan had kelajuan 30 km/j bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan serta pencemaran bunyi.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut laporan daripada media tempatan, langkah ini juga merupakan sebahagian daripada ikrar datuk bandar Paris Anne Hidalgo untuk mengurangkan lagi penggunaan kereta selain mempromosikan penggunaan pengangkutan awam.

Sekiranya peraturan tersebut dilanggar, pemandu akan didenda selain demerit sebanyak dua mata akan dikenakan terhadap lesen memandu.

Pengecualian peraturan ini hanya tertakluk kepada beberapa jalan seperti jalan Peripherique yang memiliki had kelajuan 70 km/j, serta Avenue des Champs-Élysées.

Dalam satu tembual bersama FranceInfo, timbalan datuk bandar David Belliard menjelaskan langkah ini bertujuan untuk menggalakkan mobiliti 'lembut' seperti berjalan, berbasikal serta pengangkutan awam berbanding penggunaan kereta persendirian di dalam kawasan bandar.

Selain Paris, peraturan ini juga telah pun dilaksanakan hampir 200 buah bandar di Perancis, manakala Lyon - bandar ketiga terbesar di Perancis - bakal melaksanakan peraturan ini tahun hadapan.

Sumber: RFI, FranceInfo

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan The Guardian, inisiatif tersebut telah pun diluluskan oleh Ahli Majlis Perbandaran…
Berita Global
  Ia sekaligus memberi tamparan hebat kepada pengendali skuter, selain kemenangan besar bagi…
Berita Global
  Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Jerman Volocopter, Dirk Hoke, berkata dalam tempoh 18 bulan…