Sedan Lotus Type 133 dapat nama rasmi EMEYA, muncul 7 September ini

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama, Lotus akhirnya mendedahkan nama rasmi yang bakal digunakan pada sedan elektrik pertama mereka Lotus Type 133, iaitu Lotus Emeya.

MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Selain menjadi sedan EV pertama, Lotus Emeya juga merangkap model EV ketiga yang diperkenalkan oleh Lotus selepas model hypercar Evija dan SUV Eletre.

Berdasarkan video acah, Lotus Emeya bakal membawakan unit lampu LED depan berserta dengan lampu nyalaan siang DRL, diikuti dengan unit lampu LED yang melintang pada bahagian belakang.
 

Lotus


Selain itu, Emeya juga mungkin akan menampilkan sistem aerodinamik aktif, sistem suspensi udara, sistem stereng gandar belakang serta kawalan olengan aktif yang sama dimuatkan pada adik-beradik EV-nya yang lain.

Tiada sebarang gambar ruang dalaman didedahkan, namun besar kemungkinan susun atur ruang kabin Lotus Emeya membawakan pendekatan yang hampir sama digunakan pada model SUV Eletre.
 

Lotus


Berdasarkan maklumat terdahulu, Lotus Emeya dibina menggunaan pelantar Electric Premium Architecture (EPA), dengan konfigurasi motor elektrik berkembar dan sistem pacuan semua roda yang mampu memberikan saingan secara sengit kepada sedan Porsche Taycan Turbo S dan Tesla Model S Plaid .

Selain itu, senibina elektrik termaju itu seharusnya mampu menawarkan jarak gerak melebihi 640 km, serta keupayaan pengecasan pantas 10 hingga 80 peratus dalam tempoh 20 minit sahaja.

 


Setakat ini, harga jualan rasmi masih lagi belum diumumkan oleh Lotus, namun maklumat terperinci berkenaan sedan elektrik ini bakal kita ketahui dengan lebih lanjut menjelang pelancaran rasmi pada 7 September ini di peringkat global.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Lotus Emeya merupakan kenderaan elektrik Hyper-GT empat pintu yang pertama dibangunkan Lotus untuk…
Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…