Teknologi pintar Lotus Emeya, NVIDIA DRIVE, 4 LiDAR, 18 radar, 9 kamera!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Teknologi pintar Lotus Emeya
Teknologi pintar Lotus Emeya
Di dalam artikel sebelum ini, penulis menyatakan Emeya bertentangan dengan kenderaan Lotus terdahulu.

Mana tidaknya, Emeya dan Eletre sudah menjadi kenderaan elektrik (EV) canggih yang dilengkapi pelbagai penderia (sensor).

Berada di dalam segmen EV yang mahal harganya memestikan sesebuah kereta menjadi canggih dan bukan sekadar EV ringkas.

Untuk membuat lonjakan, Lotus perlu mendefinisikan semula falsafah ringan dan ringkas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lotus Emeya 2024

 

Tahukah anda? Emeya mampu menyiapkan sehingga 25 trilion operasi dalam tempoh sama yang diperlukan otak manusia untuk mengenalpasti sesebuah imej?

Masa yang diperlukan hanya sekitar 50 milisaat! Di dalam era kenderaan elektrik, Lotus percaya kuasa pemprosesan adalah kuasa kuda baharu.

Begitulah saudara dan saudari, bagaimana Lotus telah membuat anjakan daripada kereta dengan pengendalian hebat dan ringkas.

 

Teknologi pintar Lotus Emeya

 

Nadi kepada kuasa pemprosesan Emeya ialah dua buah system on a chip (SoC/IC) NVIDIA DRIVE Orin. 

Litar bersepadu itu memproses maklumat daripada 34 penderia (sensor) dengan kadar 30 kali setiap saat.

Emeya mempunyai empat LiDAR (light detection and ranging), 18 penderia, tujuh kamera 8 megapiksel (mp) dan lima kamera 2 mp. 

Kerjanya ialah mengimbas halangan dalam radius sehingga 200 meter di sekeliling kereta walaupun dalam cahaya rendah dan cuaca buruk.

 

Teknologi pintar Lotus Emeya

 

Perkakasan itu juga mampu membina semula persekitaran maya di sekeliling kereta yang merupakan ciri penting dalam pemanduan autonomi.

Gabungan kuasa pemprosesan mampu menjalankan 508 trilion operasi per saat (TOPS) dan SoC NVIDIA hanya sebesar setem dan 3 milimeter tebal.

Tidak menggunakan kaedah mekanikal semata-mata, Emeya dilengkapi suspensi kawalan elektronik dengan operasi pengimbasan 1,000 kali per saat.

Sistem beroperasi untuk membuat pelarasan mengikut keadaan sama ada pemanduan selesa atau berprestasi.

 

Teknologi pintar Lotus Emeya

 

Sejumlah teknologi aerodinamik seperti jeriji depan, peresap dan spoiler belakang jenis aktif memainkan peranan dalam membentuk aliran udara yang lancar dan daya mendap.

Teknologi tersebut satu lagi lonjakan Lotus daripada kebiasaan sebelum ini. Di dalam Emeya tersimpan sistem 800 volt dan pek bateri litium-ion 102 kilowatt-jam (kWj).

Berbanding sistem 400 volt, Emeya boleh dicas dari 10 sehingga 80 peratus tenaga dalam tempoh 18 minit menggunakan pengecas pantas DC 350 kW.

 

Teknologi pintar Lotus Emeya

 

Jika IC NVIDIA tersorok, benda paling mudah boleh dilihat dengan mata dan berbeza daripada Lotus sebelum ini ialah bahagian dalam serba canggih dan mewah.

Siapa sangka Lotus hari ini menggunakan skrin sentuh OLED saiz 15.1 inci dengan tujuh paparan boleh ubah. 

Skrin tengah dan Digital Cockpit Emeya dikuasakan pemproses Qualcomm Snapdragon 8155 dan perisian Unreal Engine 2 dari Epic Games.

 

Teknologi pintar Lotus Emeya

 

Bukan telefon pintar, kereta hari ini juga mempunyai sistem pemprosesan (OS) dan Emeya menggunakan sistem yang dipanggil Hyper OS.

Sekali lagi siapa sangka, jika sebelum ini pemandu mencari titik apex (bucu) selekoh, pemandu Emeya diberikan sistem papar pandu (HUD) realiti terimbuh (AR).

Sistem memaparkan pelbagai maklumat seperti navigasi dan sistem bantuan pemanduan (ADAS) bagi menghubungkan pemandu dengan keadaan sekeliling.

 

Teknologi pintar Lotus Emeya

 

Sebagai sebuah EV, Emeya juga dilengkapi sistem perjalanan EV yang mampu mempelajari corak pemanduan, masa mula memandu, destinasi dan sebagainya.

Sistem tersebut akan mencadangkan perjalanan kepada pemandu. Dilengkapi teknologi 5G, sistem kereta akan dikemas kini melalui dalam talian (OTA).

Lotus Emeya dijadual untuk dikeluarkan pada 2024 dan seperti Eletre sebelum ini pengguna tempatan dijangka tergolong dalam kelompok terawal yang boleh memilikinya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Teknologi pintar Lotus Emeya

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
  Dari segi reka bentuk, garis badan tunggal pada sisi kereta daripada muncung depan sehingga ke…