Lotus Emeya selesai jalani ujian pembangunan, rentas 15 negara, 2 benua dan Bulatan Artik!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sabar untuk menantikan kehadiran model sedan elektrik jenama Lotus?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam tempoh tiga tahun baru-baru ini, merentasi 15 buah negara dan dua buah benua.

Salah satu tempat yang wajib dilawati ialah Bulatan Artik yang sangat terkenal dengan keadaan cuaca sejuk yang ekstrem.
 

Lotus Emeya


Di situ, Lotus Emeya telah dipandu sejauh 250 km dalam keadaan suhu persekitaran negatif 25 darjah Celcius.

Tidak cukup dengan itu, pasukan penguji turut meletakkan kereta elektrik tersebut di dalam 'peti sejuk automotif' dengan suhu di bawah negatif 40 darjah Celcius!

Di sana, para jurutera Lotus memfokuskan kepada beberapa aspek seperti berikut:
• Sistem casis seperti suspensi, stereng, brek, diikuti dengan kawalan cengkaman dan kestabilan di atas laluan ais dan bersalji
• Tayar musim sejuk bespoke yang dapat menyokong pengendalian dan dinamik kenderaan
• Fungsi bantuan pemandu bagi memastikan pemandu kekal mengawal kereta dengan baik
• Membuktikan kebolehgunaan bateri dalam keadaan cuaca melampau (cas dan nyahcas) untuk memastikan ketekalan dan kebolehulangan (consistency & repeatibility)
• Menguji dan menentukur sistem pengurusan haba dan pendingin hawa untuk memastikan kabin selesa dalam apa jua keadaan
 

Lotus

 

Selain daripada melakukan ujian dalam keadaan terkawal, jurutera Lotus juga turut melakukan ujian dalam dunia nyata untuk membuktikan keputusan yang diperoleh dalam ujian terkawal dengan memperkenalkan faktor baharu seperti permukaan jalan yang mencabar dan pemanduan dalam trafik.

Disebabkan itu juga, pembangunan Lotus Emeya tidak terhad di laluan bersalji semata-mata.

Selain daripada Bulatan Artik, Lotus Emeya turut diuji di jalan-jalan kampung (B-road) di UK, lebuh raya autobahn di Jerman, laluan pergunungan Alpine dan kawasan terpencil Mongolia, serta lokasi dengan cuaca persekitaran setinggi 40 darjah Celcius.
 

Lotus


Tidak ketinggalan, lokasi ujian yang kerap menjadi kunjungan para pengeluar seperti litar lumba Nurburgring Nordschleife dan tapak ujian Nardo Ring, Itali.

Untuk pasaran seperti Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Australia, pihak Lotus akan melakukan ujian tambahan sebelum sedan tersebut diedarkan kepada para pemiliknya di negara tersebut.

Lotus Emeya dibekalkan dengan sepasang motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 905 hp dan 985 Nm, dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 102 kWh.

Pecutan 0-100 km/j memakan masa 2.78 saat sebelum sedan ini mencapai kelajuan tertinggi 265 km/j.
 

emeya


Tipikal untuk sebuah kereta elektrik moden, fungsi yang terdapat pada Lotus Emeya boleh dikawal menerusi aplikasi Lotus App, seperti suhu kabin, fungsi pemanas tempat duduk dan roda stereng.

Selain itu, Lotus Emeya juga turut dilengkapi dengan sistem pemanas kamera sisi dan cermin untuk memastikan medan penglihatan tidak terjejas akibat pemeluwapan, salji atau ais.

Skrin paparan head-up sebesar 55 inci - antara yang terbesar dan tercanggih dalam mana-mana kereta Lotus - mempunyai mod paparan salji (Snow Mode) yang boleh mengubah paparan menjadi warna biru untuk membantu pemandu melihat garisan jalan dengan lebih mudah.
 

Lotus


Untuk makluman, salah seorang insan yang terlibat dalam pembangunan Lotus Emeya ialah Gavan Kershaw, di mana beliau telah pun menyertai Lotus pada tahun 1988, sejak berusia 16 tahun lagi!

Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah bahagian Sifat & Integriti Produk di Lotus.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
  Tahukah anda? Emeya mampu menyiapkan sehingga 25 trilion operasi dalam tempoh sama yang…
Berita Global
  Dari segi reka bentuk, garis badan tunggal pada sisi kereta daripada muncung depan sehingga ke…