Sedan baharu Proton mungkin dilancar bulan depan - penganalisis RHB

oleh Mohamad Hanif|
Seorang penganalisis daripada RHB Research memaklumkan Proton mungkin akan melancarkan model sedan baharu pada bulan November nanti, menurut laporan Berita Harian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penganalisis RHB Research, Syahril Hanafiah menjelaskan sebanyak 28 unit sedan Proton (kod nama SS11) telah pun mula dipasang di kilang Tanjung Malim pada September lalu.

"Kami berpandangan model baharu ini yang mungkin dalam reka bentuk segmen C, akan dijual pada harga melebihi Proton Persona (harga bermula RM47,800), namun lebih rendah daripada Proton X50 (harga bermula RM86,300).
 

s70


"Memandangkan Proton X90 pertama kalinya dipasangkan pada Mac 2023, tetapi dilancarkan pada Mei, kami fikir model baharu ini berkemungkinan akan dilancarkan pada November," katanya dalam satu nota penyelidikan mengenai sektor automotif.

Berdasarkan laporan terdahulu, model sedan baharu Proton itu dibangun menggunakan asas daripada model Geely Emgrand.

Lebih mencuri tumpuan apabila laman automotif Paultan sebelum ini melaporkan Proton dijangka akan menggunakan nama S70 dan bukannya S50 berdasarkan imej yang dirakamkan oleh salah seorang pembacanya.

Bukan itu sahaja, berdasarkan perbandingan dimensi yang dibuat, sedan baharu Proton itu ternyata membawakan ukuran yang jauh lebih besar dan panjang berbanding Proton Persona segmen B sedia ada.
 

sumber gambar: Funtasticko


Ini bermakna, sedan baharu S70 ini bakal diposisikan di bawah segmen C yang menjadikannya boleh bersaing dengan Toyota Corolla dan Mazda3, dan bukannya segmen B (Toyota Vios, Honda City, Nissan Almera).

Apapun, kita tunggu sahaja perkembangan terbaharu daripada pengeluar kereta tempatan itu.

Sumber: Berita Harian, Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…