SDS FOOD MANUFACTURING PILIH JENAMA HINO SEBAGAI KEPERLUAN PENGANGKUTAN

oleh Firdaus Razani|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. (HMSM), bersama-sama Auto Skyline Sdn Bhd, baru-baru ini telah menyerahkan 24 unit Hino 200 Series kepada pelanggan berharga baharunya, SDS Manufacturing Food Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan perjanjian yang dimeterai dengan kepercayaan dan keyakinan antara HMSM, Auto Skyline, dan SDS Food Manufacturing Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan armada SDS Food Manufacturing.

Majlis penyerahan tersebut dianjurkan oleh Auto Skyline, salah satu Pengedar 3S Hino di Johor Bahru dan dijalankan di premis SDS Food Manufacturing di Skudai, Johor.

 

hino

 

Trak-trak itu diserahkan oleh Pengarah Urusan Auto Skyline, Beck Kuang Chiaw, Pengarah Eksekutif, Beck Da Wei, dan Pengarah Urusan HMSM, Hiroshi Takahashi kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan SDS, Tan Kim Chai dan Pengurus Wilayah Kumpulan SDS, Cheng Choong Kwang.

Dengan penyerahan tersebut, ia menandakan permulaan perkongsian jangka panjang mereka.

SDS Food Manufacturing merupakan anak syarikat runcit SDS Groups dan berpangkalan di Johor dengan tiga jenama anak syarikat iaitu SDS, Top Baker dan Daily’s Bakery.

Top Baker dan Daily’s Bakery merupakan pembekal produk bakeri yang menghantar roti berkualiti di seluruh negara.

Keputusan untuk menambahkan trak Hino ke dalam kumpulannya datang apabila syarikat itu berkembang dan memerlukan sokongan pengangkutan tambahan serta kerana reputasi jenama HINO yang berkualiti tinggi.

 

hino

 

Trak Hino 200 Series dipilih menjadi pengakutan syarikat kerana reka bentuknya yang rendah dan padat, membolehkan pergerakan mudah melalui jalan-jalan sempit di sekitar kawasan bandar.

Trak ini direka bentuk untuk menavigasi ruang sempit dengan lancar dan sangat menjimatkan bahan api, menjadikannya pilihan ideal untuk keperluan pengangkutan SDS Food Manufacturing.

Selain itu, komitmen HINO turut menjadi faktor merangkumi sokongan menyeluruh seperti pandu uji trak, sokongan teknikal dan pemahaman menyeluruh tentang keperluan khusus mereka.

SDS Food Manufacturing turut mendaftar untuk Hino Membership Premium Plus bagi menikmati jaminan lanjutan sehingga 7 tahun dan perbatuan tanpa had serta pad brek atau penggantian pelapik percuma pada setiap 60,000km dan ke atas dan sokongan perkhidmatan tunda sehingga RM500 sekali setahun.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hino Malaysia mengambil inisiatif bagi mengadakan pertandingan itu untuk meningkatkan kemahiran dan…
Berita Global
Kerjasama tersebut bakal menyaksikan Toyota, Suzuki dan Daihatsu membangunkan sebuah sistem BEV…
Berita Domestik
TMS merupakan penyedia perkhidmatan servis bas sehenti yang disokong oleh pasukan teknikal…