Pertandingan Hino Total Support kembali buat kali ke-8

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini bertempat di ibu pejabat Hino Motor Sales Sdn Bhd ( Hino Malaysia), Petaling Jaya, Hino telah mengadakan pertandingan Hino Total Support untuk kali ke-8 yang melibatkan 158 peserta dari 26 syarikat pengedar sah Hino.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Hino Malaysia mengambil inisiatif bagi mengadakan pertandingan itu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan setiap pengedar rasmi mereka.

Pertandingan itu menawarkan hadiah untuk juara, tempat kedua dan tempat ketiga bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

 

hino

 

Ianya dipertandingan mengikut kategori Jualan, Servis, Alat Ganti, Customer Succes Operation (CSO) dan kategori keseluruhan 3S.

Hadiah utama pertandingan untuk kategori 3S akan menerima trofi, insentif wang tunai sebanyak RM3,000 dan peluang percutian pembelajaran ke Hino Motors Limited Japan pada tahun 2023.

Melalui penganjuran Hino Total Support, Hino berhasrat untuk menjadi syarikat kenderaan komersial Malaysia yang mengutamakan pelanggan dan boleh dipercayai, di samping menjadikan Malaysia tempat tinggal lebih baik  dengan menyediakan 'Produk Paling Sesuai' dan 'Sokongan Penuh'.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui perkongsian kukuh dengan Auto Skyline Sdn Bhd (Auto Skyline), sebuah Pengedar Sah HINO yang…
Pelancaran
Hino menyasarkan untuk menyediakan lori yang paling sesuai dengan keperluan pasaran tempatan bagi…
Berita Domestik
Mara Liner merupakan syarikat yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), dimana syarikat itu…