Toyota, Daihatsu, Suzuki kerjasama bangunkan EV komersial ringan

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Tiga syarikat utama automotif Jepun akan membangunkan beberapa buah model kenderaan komersial berkuasa elektrik menjelang tahun 2030.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Kerjasama tersebut bakal menyaksikan Toyota, Suzuki dan Daihatsu membangunkan sebuah sistem BEV yang akan menggandingkan kepakaran Suzuki dan Daihatsu dalam pembuatan kenderaan kompak dengan teknologi elektrifikasi daripada Toyota.

Proses perancangan pula akan diserahkan kepada Commercial Japan Partnership Technologies Corporation (CJPT).

EV komersial ringan yang akan dibangunkan oleh keempat-empat syarikat ini akan digunakan di dalam projek pelaksanaan sosial di sekitar Wilayah Fukushima dan Tokyo.

Projek yang akan bermula pada Januari 2023 dan berakhir Mac 2030 ini akan turut membabitkan pembangunan trak elektrik tugas ringan dengan trenkuasa sel bahan api, dengan 580 unit kenderaan akan digunakan buat permulaan.

Di Jepun, kenderaan komersial mini merangkumi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan fleet komersial negara tersebut, jadi projek elektrifikasi ini turut memainkan peranan yang penting kepada industri itu secara keseluruhannya.

Selain daripada projek ini, Toyota dilapor akan bekerjasama dengan Isuzu Motors dan Hino Motors untuk membangunkan trak tugas ringan berkuasa sel bahan api.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada penglibatan berterusan di dalam sukan permotoran, Toyota kini boleh menggunakan…
Berita Global
Angka tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding 190,000 unit yang disasarkan pada tahun 2024.…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Tesla telah memohon sebanyak 836 paten teknologi untuk tempoh 2003…