SC-1 Sociable Cart - kereta swapandu beriklan dari Sony dan Yamaha!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti mana yang kita semua maklum, kebelakangan ini beberapa syarikat besar Jepun sudah pun bergabung untuk menghasilkan kereta swapandu tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini, berita tersebut hadir dari dua jenama besar yang lain - Sony dan Yamaha - menerusi model shuttle elektrik autonomi yang digelar sebagai SC-1 Sociable Cart. 

Model ini turut mendapat jolokan 'gabungan teknologi pemanduan autonomi daripada Yamaha Motors dan teknologi pengimejan hiburan dari Sony'.

Kereta kotak ini difahamkan telah pun dilengkapkan dengan pelbagai teknologi termaju seperti sensor pengesan imej, sensor ultrasonik dan juga sistem light detection and ranging (LiDAR).

Imej yang diambil oleh kereta ini akan dimuatnaik ke awan dan ia membolehkan kenderaan ini dioperasikan dari jarak jauh. 
 


SC-1 Sociable Cart ini tiada tingkap, akan tetapi ia telah digantikan dengan penggunaan skrin LCD gergasi yang mampu memaparkan video dan imej realiti bercampur. 

Menurut Sony, teknologi kepintaran buatan yang dilengkapkan membolehkan sistem ini meneka ciri peribadi seperti umur dan jantina, dan menggunakan informasi ini skrin paparan akan menunjukkan iklan yang direka khas untuk golongan target umur dan jantina tersebut. 

Memasuki ruang dalaman pula, SC-1 Sociable Cart mampu memuatkan lima orang dewasa dan skrin paparan bersaiz 49 inci pula mampu menunjukkan pelbagai informasi dan membolehkan penumpang melihat persekitaran tanpa menggunakan lampu di malam hari. 

Kedua-dua syarikat tersebut telah mengesahkan SC-1 Sociable Cart akan dilengkapi sistem brek regeneratif dan pek bateri lithium-ion yang boleh ditukar ganti.

Motor elektrik pula mampu menggerakkan kenderaan ini sehingga kelajuan 19 km/j sahaja. 

Berita buruknya, kereta kotak ini bukan untuk dijual, akan tetapi Sony dan Yamaha akan mensasarkan penggunaan SC-1 Sociable Cart ini di tempat-tempat umum seperti padang golf, taman tema dan juga fasiliti komersil.

Berita Berkenaan

Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Antara syarikat yang terlibat untuk melabur dalam projek itu ialah pembekal Toyota Denso, NTT,…
Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Presiden Sony Honda Mobility Izumi Kawanishi menjelaskan, syarikat…