Sauh tanpa kebenaran di Sekinchan, kapal kargo dari Bangladesh ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Maritim
Tindakan sebuah kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran di perairan Sekinchan membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), malam Jumaat.


Kapal yang difahamkan dari Chittagong, Bangladesh dan sedang menuju ke Singapura ditahan pada kedudukan 21 batu nautika barat daya Sekinchan kira-kira pukul 10 malam Jumaat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, penahanan itu adalah hasil maklumat Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) Klang yang mengesan kedudukan kapal mencurigakan kira-kira pukul 1.40 petang pada Khamis.

Katanya, bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi tersebut selepas dimaklumkan Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) bahawa kapal kargo itu tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 22 kru lelaki termasuk nakhoda yang merupakan warga Vietnam berusia antara 30 hingga 59 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan perintah penahanan ke atas kapal tersebut telah dikeluarkan. Kapten serta seorang kru kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak RM100,000 atau kedua-duanya sekali. 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Beberapa anak kapal telah cedera, melecur, patah tulang, mengalami masalah pernafasan, dan seorang…
Berita Domestik
"Aset Maritim Malaysia Kapal Maritim (KM) Kota Kinabalu yang dalam rutin rondaan telah diatur gerak…
Berita Domestik
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata pihaknya…