Satu-satunya wagon Maserati 'Cinqueporte' untuk dijual!

oleh Mohamad Hanif|
Seingat penulis, Maserati lebih dikenali kerana menghasilkan model sedan dan coupe pantas, namun kelibat wagon tidak pernah pula terlintas di fikiran.

Ya, Maserati tidak pernah sekali-kali menghasilkan sebuah wagon, akan tetapi wagon Quattroporte 2016 yang dipaparkan di dalam artikel ini datangnya daripada projek one-off yang asalnya dimiliki oleh seorang warga Britain.

 


Pada mulanya, beliau terlepas peluang untuk menyambar salah sebuah daripada empat model Bellagio Fastback dalam acara bidaan RM Sotheby's pada tahun 2013.

Untuk mengubat duka, beliau membuat keputusan untuk membikin sendiri projek wagon Maserati dan kemudian menghubungi beberapa syarikat untuk mempersembahkan ideanya.

Namun, beliau kemudian berjumpa dengan Adam Redding yang memiliki kepakaran dalam projek-projek Jaguar, Aston Martin, Lancia dan Bristol.

 


Mengambil asas daripada model Quattroporte generasi keenam, bumbung asal sedan itu telah dibuang dan digantikan dengan beberapa jalur keluli bagi membentuk bumbung baharu.

Malah Adam Redding turut menunjukkan beberapa rekaan lakaran komputer kepada pemilik sebelum bersetuju untuk meneruskan projek ini.

Antara perkara yang sukar untuk dilaksanakan adalah memastikan pintu belakang berkuasa elektrik berfungsi sepenuhnya, di mana pihak Adam Redding mengambil masa kira-kira 1,500 jam kerja untuk menyiapkan bahagian tersebut.

 


Wagon yang lebih gemar digelar sebagai Cinqueporte ini dipasangkan rim Mercurio bersaiz 20 inci, dilayangkan dengan warna Gunmetal Grey metalik, serta upholsteri kulit Nero untuk ruang kabin.

Dari segi kuasa, Cinqueporte didatangkan dengan enjin diesel V6 3.0 liter yang menghasilkan 271 kuasa kuda dan 600 Nm, dimana ia telah pun dipandu sejauh 14,024 km.

Harga yang diminta oleh Historics Auctioneers UK bermula dari £75,000-£85,000 (RM431,350-RM488,863).

Sumber: Historic Auctioneers UK

Berita Berkenaan

MotorGP
Selain daripada BMW M2 CS Racing, BMW M3 Sedan, M4 Coupe, M5 CS, jentera dua roda BMW M 1000 RR dan…
Model Terbaharu
Setelah sekian lama menanti, BMW kini mempunyai sebuah model yang mampu menjadi pesaing rapat…
Berita Global
Menggunakan asas daripada Corolla Touring Sports, Toyota telah membuang kerusi baris kedua bagi…