TOM's bawakan enam projek baru untuk TAS 2023, termasuk sedan mewah Century!

oleh Mohamad Hanif|
Acara pameran berprestij Tokyo Auto Salon 2023 bakal dimeriahkan dengan kehadiran enam unit kereta yang diubahsuai oleh syarikat penala TOM's Racing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripadanya merupakan Toyota Century, kereta sedan yang biasanya digunakan untuk membawa golongan VIP dan presiden Toyota itu sendiri.

Berdasarkan penampilan luaran, Century ini dipadankan dengan set rim berwarna hitam, bampar depan dan belakang baharu, serta unit lampu belakang yang digelapkan.

Pembeli juga boleh memilih untuk menaiktaraf kemasan upholsteri dalaman mengikut citarasa dan tahap ketebalan dompet masing-masing.
 

TOMS


Dua buah GR Supra turut bakal menghiasi ruang pameran TOM's, satu daripadanya merupakan Supra badan lebar yang telah diberikan peningkatan kuasa menerusi penggunaan unit pengecas turbo baharu, kit badan aerodinamik dan sistem ekzos TOM's Barrel.

Sebuah lagi merupakan Supra Touring yang juga dipadankan dengan kit badan lebar, namun ia direka untuk kestabilan semasa pemanduan di atas lebuhraya.
 

86


Para peminat GR86 sudah pasti suka dengan projek TOM's yang terbaharu ini, di mana mereka telah memadankan unit pengecas turbo pada nadi asal GR86 sebelum diserikan dengan kit badan lebar dan beberapa perubahan yang boleh dilihat pada bahagian luar dan dalam.

Akhir sekali, TOM's mengumumkan dua buah Lexus yang telah diubahsuai untuk dipamerkan pada acara TAS 2023.

Lexus LC500 Convertible turut didatangkan dengan kit badan lebar, sistem suspensi perlumbaan, rim aluminium bersaiz 21 inci serta peningkatan terhadap tahap ketegaran casis.
 

lexus


Manakala sedan Lexus GS F pula ditala sendiri oleh Kazuki Nakajima - bekas pelumba Formula One yang mewakili pasukan Williams-Toyota dari tahun 2007 hingga 2009.

Ia menampilkan perubahan yang minima seperti splitter depan gentian karbon, skirt sisi, diffuser dan juga spoiler lip.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Warna putih dipilih disebabkan mendiang Paul Walker yang merupakan seorang peminat besar Supra A80…
Berita Global
Untuk pasaran Jepun, TOM'S Racing baru-baru ini telah melancarkan pakej kit badan serta naiktaraf…