Acara ini berlangsung pada hari terakhir promosi raya daripada Volkswagen yang menawarkan rebat menarik sehingga RM15,000, kadar faedah serendah 0.88% setahun, dan baucer kad petrol bernilai RM1,188.
Selain daripada itu, terdapat juga jualan barangan rasmi daripada Volkswagen dengan potongan harga sehingga 20% bersempena Rumah Terbuka Raya Volkswagen.
Durian juga turut disediakan kepada para pengunjung sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi Raya daripada VPCM, orang ramai boleh melayari laman rasmi di alamat www.volkswagen.com.my.