Ruang udara Langkawi ditutup, pengoperasian dron dilarang

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Ruang udara Langkawi ditutup bermula esok sehingga 27 Mei ini seperti yang dinyatakan dalam Aeronautical Information Publication (AIP) Supplement sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA '23), kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Norazman Mahmud.


Beliau berkata turut dilarang dalam tempoh berkenaan adalah pengoperasian dron bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pesawat yang sedang beroperasi di ruang udara Langkawi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Penggunaan dron tanpa kelulusan dikhuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara sepanjang penganjuran LIMA '23," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3], Peraturan 98 dan Peraturan 140-144 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs), katanya.

Pameran LIMA '23 akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini, dengan lebih 600 syarikat dari 60 negara dijangka mengambil bahagian.

Kali terakhir LIMA diadakan adalah pada 2019, dan ia tidak diadakan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata, antaranya adalah pasukan dari Indonesia, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE),…
Berita Domestik
  Dalam satu pautan Facebook Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang dikongsikan syarikat berkenaan, Sani…
Berita Domestik
  Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha itu perlu dilakukan bagi memastikan ia tidak…