LIMA 2023: Kementerian Pengangkutan usaha atasi isu perkhidmatan feri di Langkawi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan akan berusaha untuk menangani isu perkhidmatan feri di Langkawi yang agak terbatas.


Langkah itu sebagai persiapan menjelang kehadiran pengunjung sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha itu perlu dilakukan bagi memastikan ia tidak menjejaskan penganjuran acara berprestij itu.

 

Ujarnya, Kementerian Pengangkutan menyokong penuh penganjuran LIMA 2023 yang turut memberi kesan positif terhadap negara.

 

"Kita sudah arahkan Jabatan Laut dan pengendali feri untuk lihat isu ini serta meningkatkan kapasiti untuk tampung jumlah pengunjung.

 

"Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ia tidak mempunyai isu kerana telah dinaik taraf sejak penganjuran sebelum ini.

 

"Ini bukan kali pertama Langkawi menjadi tuan rumah untuk LIMA dan kita yakin dapat tampung jumlah pengunjung termasuk penggunaan e-hailing," ujar Loke.

 

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Pusat Pameran Dagangan Antarabangsa (MITEC) pada Isnin.

 

Ujarnya lagi, tindakan itu juga bukan hanya persediaan bagi penganjuran acara itu semata-mata, malah ia juga merupakan persediaan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang akan berlakunya peningkatan pengunjung.

 

Penganjuran LIMA 2023 membabitkan keluasan 20,000 kaki persegi di kawasan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

 

Sebanyak 110 pesawat pertahanan dan komersial akan terbabit dengan pertunjukan udara bagi acara berkenaan.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
  "Penggunaan dron tanpa kelulusan dikhuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara…
Informasi
  Beliau berkata, antaranya adalah pasukan dari Indonesia, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE),…
Berita Domestik
  Dalam satu pautan Facebook Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang dikongsikan syarikat berkenaan, Sani…