66 buah motosikal Royal Enfield meriahkan perarakan Merdeka, jadi sebahagian dari aksi lagak ngeri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Royal Enfield Malaysia yang berada di bawah pengurusan Didi Group telah mengambil bahagian dalam perarakan Hari Merdeka ke-66 bertempat di Dataran Putrajaya semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan Army Red Warriors Motorcycle Acrobatics untuk acara pertunjukan aksi pada perarakan Merdeka ke-66 tahun ini.

 

2

 

Perarakan itu telah disertai oleh 66 buah motosikal Royal Enfield yang memeriahkan lagi suasana sambutan gilang gemilang itu.

Kemuncak acara itu menampilkan Sarjan Saidatul Husna Kamaruddin, dilahirkan pada 31 Ogos dan merupakan anggota Army Red Warriors melakukan aksi lagak ngeri bersama motosikalnya.

 

3

 

Sarjan Saidatul telah menentang graviti apabila dia melompat menggunakan motosikal di atas formasi 66 motosikal Royal Enfield, disaksikan sendiri oleh  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama semua menteri kabinet.

Terkenal dengan prestasi berani mereka, unit Army Red Warriors Motorcycle Acrobatics sentiasa mengukuhkan reputasinya dengan pelbagai aksi lagak ngeri menggunakan motosikal.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan…
Gaya Hidup
Turut terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Johor Bahru, pusat 3S Royal Enfield juga…
Model Terbaharu
Sebelum ini juga model tersebut telah dikesan sedang diuji di UK, kini syarikat yang bertapak di…