Pusat 3S Royal Enfield kini dibuka di selatan tanah air

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Serentak dengan pelancaran bilik pameran baharu MotorPlex Johor Bahru, Didi Group turut melancarkan pusat 3S baharu Royal Enfield, yang merupakan satu lagi jenama di bawah syarikat tersebut.

KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Turut terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Johor Bahru, pusat 3S Royal Enfield juga beralamat di 69, Jalan Ibrahim Sultan, Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru.

 

2

 

Pembukaan cawangan Royal Enfield di Johor Bahru itu merupakan pusat 3S rasmi ketiga di Malaysia.

Pusat 3S baharu itu bakal menawarkan barisan model dari pelbagai segmen Royal Enfield untuk para pelanggan baharu di kawasan selatan tanah air, terutamanya di sekitar Johor Bahru.

 

3

 

Selain pelbagai pilihan motosikal Royal Enfield, pusat 3S itu juga menampilkan pelbagai aksesori untuk melengkapkan lagi rupa motosikal bagi semua modelnya termasuk alat ganti tulen.

Ia turut menawarkan pelbagai jenis pilihan kelengkapan menunggang yang boleh dipadankan dengan pilihan motosikal pelanggan.

 

4

 

Pusat 3S itu juga dilengkapi dengan perkhidmatan pembaikan dan servis bersama peralatan terbaik yang akan dikendalikan oleh mekanik terlatih bagi memenuhi keperluan pelanggannya.

Royal Enfield Johor Bahru terletak di pusat komersial dan kini akan menyediakan akses yang lebih besar kepada pelanggannya terutama di sekitar Johor Bahru.

 

5

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan…
Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…
Model Terbaharu
Sebelum ini juga model tersebut telah dikesan sedang diuji di UK, kini syarikat yang bertapak di…