Royal Enfield Interceptor 650, Continental GT 650 di Malaysia - harga dari RM45,900

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua lagi motosikal Royal Enfield dilancarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu Royal Enfield Interceptor 650 dan Royal Enfield Continental GT 650 baru-baru ini. 

Kedua-dua buah model ini berkongsi casis yang sama, namun didatangkan dengan penggayaan yang berbeza. 

Motosikal Interceptor 650 menampilkan kedudukan handlebar yang tinggi, sekaligus memberikan posisi tunggangan yang lebih selesa dan ergonomik, manakala kembarnya Continental GT 650 menawarkan posisi tunggangan ala-ala cafe racer.
 


Kapasiti tangki Interceptor 650 pula sedikit besar, 13.7 liter berbanding tangki bahan api Continental GT 650 sekitar 12.5 liter.

Namun, spesifikasi kedua-dua motosikal ini agak serupa, menampilkan penggunaan fork teleskopik konvensional 41 mm di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. 

Untuk memberhentikan motosikal ini dengan cemerlang, sistem brek ByBre digunakan bagi memastikan roda bersaiz 18 inci ini berhenti bergerak tanpa sebarang masalah. 
 


Enjin jenis Parallel Twin bersesaran 648 cc sejukan udara dan minyak ini memberikan kuasa sekitar 47 kuasa kuda dan daya kilas 52 Nm pada putaran enjin 5,250 rpm. 

Harga jualan di Malaysia pula bermula dari RM45,900 untuk Interceptor 650 dan RM48,500 untuk model Continental GT 650.

Berita Berkenaan

Berita Global
Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan…
Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…
Gaya Hidup
Turut terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Johor Bahru, pusat 3S Royal Enfield juga…