RON95 dijangka naik harga setiap minggu sehingga April 2020 - CGS-CIMB

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin satu berita yang kurang enak didengari menjelang tahun baharu 2002 yang akan tiba tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu laporan daripada portal kewangan Rnggt.com, analisis daripada CGS-CIMB menjangkakan pelarasan harga bahan api bakal mengambil masa sehingga sekurang-kurangnya empat bulan. 

Ini kerana bermula 1 Januari 2020, harga runcit petrol RON95 akan meningkat 1 sen setiap minggu berikutan penstrukturan subsidi bahan api oleh kerajaan Malaysia. 

Ketika ini, harga runcit RON95 ditetapkan pada RM2.08 untuk setiap liter. 

Berdasarkan pengiran harga semasa di bawah formula Automatic Pricing Mechanism yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan untuk tempoh 21-27 Disember, harga jualan semasa bagi bahan api RON95 adalah dianggarkan pada RM2.28 seliter. 

Bermula 1 Januari 2020 juga, para pengguna di Malaysia akan menikmati bahan api RON95 dengan spesifikasi Euro 4M (E4M). 

Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa para pengguna di Malaysia akan mengalami kenaikan harga bahan api 1 sen untuk setiap minggu sehinggan harga RON95 mencapai harga pasaran. 

Baca: Sistem Apungan Harga Bahan Api - RON95 naik 1 sen setiap minggu

Sumber: Rnggt.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis PublicInvest Research, Sabrina Edora, berkata harga sebenar RON95 dijangka mencecah…
Berita Global
  Menteri Tenaga, Arifin Tasrif berkata, harga petrol bersubsidi dinaikkan kepada 10,000 rupiah (…
Berita Global
Menurut laporan daripada WISN 12 News, pasukan undang-undang Woodman's menyatakan apa yang…