Rider marah kena hon sebab berdiri di tengah jalan Temiang-Pantai

oleh Mohamad Hanif|
Jalan Temiang-Pantai di Negeri Sembilan merupakan antara lokasi yang sangat mencuri tumpuan di kalangan geng-geng kelab kereta dan juga motosikal untuk bergambar.

Namun, tindakan sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab ketika berada di lokasi tersebut mampu mengundang kecelakaan yang tidak diingini.

Berdasarkan satu rakaman kamera dashcam, sekumpulan penunggang motosikal dikesan meletakkan motosikal mereka di lorong kecemasan.

Salah seorang daripada penunggang yang duduk di tengah jalan tersebut dilihat marah apabila dihon oleh pemandu kereta tersebut yang sedang melalui jalan itu.

 


Akibat kena hon, lelaki tersebut kemudian tidak berpuas hati dan dilihat cuba untuk membaling sesuatu ke arah kereta tersebut sebelum rakaman dashcam itu berakhir.

Sebelum ini, pihak polis telah mengeluarkan amaran kepada pengguna jalan raya untuk tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan/lorong kecemasan semata-mata untuk bergambar dan berkumpul.

Malah, sebanyak 48 saman telah dikeluarkan oleh pihak polis kepada pengguna yang sengaja memberhentikan kenderaan di jalan popular tersebut.

Sumber: MotoMalaya

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mangsa, Shaiful Harbi Yusuff, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami pendarahan…
Berita Domestik
Kejadian antara pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan lelaki tempatan berusia…
Informasi
  Antara alasan yang diberikan adalah masa menunggu terlalu lama di lampu isyarat, nak cepat…