Penunggang motosikal sengaja cetus kemalangan ada 13 rekod jenayah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
Polis sudah menahan lelaki yang dikesan terbabit dalam insiden sengaja menyebabkan kemalangan jalan raya dengan niat mahu meminta wang sebagai gantirugi.

Penganggur berusia 41 tahun itu ditahan jam 7.43 malam di Changkat Bukit Gambir 1, Gelugor di Georgetown, Ahad lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 13 rekod lampau iaitu lima membabitkan jenayah manakala lapan berkaitan kes dadah.

"Kita sudah lengkapkan kertas siasatan serta serah kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan lanjut.

"Susulan itu, kita terima arahan bagi mendakwa suspek di mahkamah pada Khamis ini mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Ahad lalu, Berita Harian melaporkan gambar dan video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang juga penunggang motosikal sengaja mencetuskan kemalangan dengan bertindak melanggar sebuah kereta sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan terbabit.

Penunggang motosikal itu dikatakan meminta ganti rugi antara RM20 hingga RM60 daripada pemilik kereta dengan alasan cermin sisinya patah akibat insiden berkenaan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata polis menerima…