RHB, Shell perkenal kad kredit baharu

oleh Mohamad Hanif|
RHB Banking Group (RHB) baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik jangka panjang dengan Shell Malaysia, sekaligus melancarkan kad kredit baharu RHB Shell Visa Credit Card /i untuk pelanggan di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kolaborasi bersama Visa itu membolehkan para pemegang kad RHB Shell Visa /i menikmati kemudahan, kelebihan serta ganjaran untuk pembelian dalam talian atau di kedai dengan hanya satu kad kredit tunggal, termasuklah pulangan tunai (cashback).

Pemegang kad kredit ini juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM100 untuk setiap bulan, dengan rebat tunai 5 peratus untuk setiap transaksi dalam talian, merangkumi RM50 untuk transaksi petrol, RM50 untuk tambah nilai e-wallet, pembayaran bil utiliti, barangan dapur dan barangan harian yang lain.

Selain daripada itu, pelanggan juga dapat menikmati rebat pulangan tunai sehingga 12 peratus ke atas transaksi pembelian petrol di mana-mana stesen minyak Shell di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran, para pemegang kad RHB Shell Visa Credit Card /i akan menikmati pulangan tunai sehingga 30 peratus untuk setiap pembelian bahan api sehingga Julai 2021, dan layak mendapat Annual Fee Waiver untuk tahun pertama pengaktifan kad.

Mereka perlulah sekurang-kurangnya meleretkan kad tersebut 24 kali dalam masa setahun untuk menikmati pengecualian yuran tahunan tanpa perbelanjaan minimum diperlukan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ini tersedia untuk kemudahan komuter sahaja dan tidak melibatkan ETS, kerana ETS memerlukan…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang…
Informasi
Katanya, penaiktarafan sistem tiket atau Automatic Fare Collection (AFC) kini hampir selesai di…