'Renault Relax' - lanjutan servis, waranti dan promosi bateri dan tayar sempena PKP

oleh SALINA JALIL|
TC Euro Cars (TCEC), pengedar kenderaan jenama Renault di Malaysia menawarkan kempen ‘Renault Relax’ iaitu kemudahan perkhidmatan lanjutan selepas jualan kepada pelanggannya serta promosi harga penjimatan ke atas dua komponen lain iaitu tayar dan bateri.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bermula 15 April hingga 15 Mei 2020, pemilik Captur dan Fluence yang membayar yuran ‘lock-in’ RM100 akan menikmati harga promosi RM345 untuk  untuk satu unit tayar ContiEco Contact 5 205/55R17 dengan penjimatan sebanyak 25 peratus dan tawaran untuk bateri pula, penjimatan adalah sehingga 25 peratus.

 

Tempahan dan bayaran hanya boleh dibuat secara dalam talian menerusi Renault E-Store di www.renault.com.my

 

TCEC turut menawarkan diskaun 10 peratus untuk bateri Atlas BX  sehingga 30 Jun 2020.

 

rrelax

 

Dengan adanya kempen Renault Relax ini, ia menawarkan lanjutan masa servis dan waranti untuk semua kenderaan jenama tersebut bagi kenderaan yang perlu diservis dan tamat di antara 18 Mac hingga 28 April 2020, anda diberikan tempoh masa sehingga 28 Mei 2020 untuk perkhidmatan servis dan waranti tersebut.

 

Sepanjang tempoh PKP, pasukan Rencare akan terus memberi sokongan kepada pelanggan yang memerlukan bantuan kecemasan. Pasukan ini boleh dihubungi di talian 1800-88-8663 (24 jam, 7 hari seminggu).

 

TCEC juga menawarkan perkhidmatan mengambil dan menghantar kereta yang diservis bagi pelanggan yang berada di kawasan Lembah Klang sekitar 30 kilometer dari pusat servis. Perkhidmatan ini hanya untuk pelanggan baharu dan sepanjang dan selepas tempoh PKP tamat.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, servis dan kenderaan Renault, sila layari laman web www.renault.com.my

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…