"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki itu memandu dari arah Jalan Duta ke Plaza Tol Air Panas dan kenderaan hilang kawalan di tempat kejadian.
"Impak kemalangan menyebabkan kenderaan terbabit terbakar di tempat kejadian," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi pada Isnin.
Menurutnya, pemandu terbabit disahkan maut di lokasi, manakala teman wanitanya berusia 19 tahun retak tulang pinggul dan dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.
"Akibat kemalangan, pemandu mengalami kecederaan di pinggul serta terbakar di bahagian kanan badan dan disahkan maut oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di tempat kejadian," katanya.
Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.